Wednesday, August 14

I'm Coming Home


   Assalammualaikum,

         Lamanyaaa tak update belog ni. Even cuti sem haritu pun tak sempat nak update. Hanya mampu simpan di draft je. Me so sad. Okay let start with this story. Bulan Jun dimulakan dengan final exam saya untuk sem 4. Alhamdulillah boleh jawab kesemuanya, even subject LAW membunuhku.
   
      Yeayyy, settle final. Its time to holiday. So, I had decided to spend time with Amy at Sunway Lagoon. Horeyyyyy ! Bolehlah kami mencuba game baru vuvuzela & waterplexx 5D.

    Bile ingat-ingat balik time naik vuvuzela ni, "THE WORLD'S LARGEST WATER RIDE !" Ya Allah senoroknyaa :D Tapi sayang, kitorang naik sekali je. Sebab dia punya beratur nak naik ni, punya panjang. Takpelah, next time kite naik lg :)

    Yang waterplexx 5D ni pulak seronok dia tak tercakap. HEHE. Sy cerita sikit utk you'll imagine mcm mana waterplexx 5D ni. Kite kene ddk dalam 1 hall room, then dia akan tayangkan cerita. Kite yg ddk ni akan ikut bergerak bile cerita tu bergerak. Faham tak ? Dan bile ade percikkan air dalam cerita tu, air dari depan tempat kite ddk pun akan memancut kene kite. Sesuai dgn catchy headline dia "YOU WILL GET WET ON THIS RIDE !" HAHA. Syokkknyaaa, teringin nak pergi lagi. In Shaa Allah, ade masa nnt nak pergi lg.


    Sekarang, sy dah start sem baru (sem 5). Banyak killer subject, International Business, Investment Analysis, Operation Management. Sem ni banyak mengeluh. Susah hati, takut dgn final year dkt college. Ni dgn fikir nak cari tempat practical lagi. Ikut hati nak practical dkt company ayah je, tapi takut nnt kurang experience lah. Maklumlah dah kerja dgn ayah, mmg curi tulang jela. It's okay, later I will figure it out. Pray for me. Amin :)

ainsyzn. xo


Friday, May 3

Hello, long time no see



   Assalammualaikum uolls :D

         Lamanya tak update blog *lap sawang* hehe. Nak buat mcm mana. Sem 4 ni busy je memanjang dgn video, persembahan kreatif utk subject arab & so on. Ni tak lama lg dah nak final. Ya Allah, cepatnya masa berjalan.

          Alhamdulillah, semua assignment dah settle. Bolehlah balik rumah tercinta. Balik rumah pun bukan boleh goyang kaki. Balik rumah sbb nak buat persiapan kahwin along. Nak cari kain, pergi tailor, cari barang utk goodies bag, katering & bla bla bla.

           Kain semua dah beli. So, ibu ckp ahad ni nk pergi jumpa tailor. AHAD NI ??! Org mengundilah ibu. Ibu dgn slumbernya balas "we have no choice, lg bpe bulan je tinggal". HAHA. Mcm-2 ibu ni. Takpelah, kite ikut je ckp ibu. Yang penting tak sabar nk pergi jumpa tailor. Sy nk buat baju vogue the vasss kau ! HAHA.

ainsyzn. xo




Sunday, March 17

Happy weekend :)


  Assalamualaikum semua :)

       Selamat ber-weekend uolss. Alhamdulillah tak sia-sia menunggu tibanya hari sabtu. Sebab ape ??? Sebab akhirnya dapat jgk SHOPPING !!! Horeeyyy. Angah sponsor pulak tu. Syukur Alhamdulillah, ade jgk nak sponsor diriku yg kekurangan baju nih (kurang ke ain ? *thinking*)
hehe ;)

       Ceritanya begini. Dah plan nk keluar satu family, tibe-2 angah tak jadi ikut kitorang. So, angah bg cash je. Sebab nak dating dgn Kak Wany. Maklumlah angah kan kerja ikut negara Qatar, so ahad dia kene kerja. Hari sabtu jela masa yg dia free. Nak dating, nak hangout dgn kwn-2 & so on kene buat hari sabtu. Kesian angah mcm takde life je saya tgk. Nak buat mcm mana kan, dah kerja.

       Okaylah, moh le kite straight-to-the-point. Borak panjang-2 pun tak boleh jgk, nnt makin melalut :D Ibu plan nk pergi Sunway Pyramid. Mcm biasalah family saya ni, mana reti nk keluar awal. At last, pukul 6 ptg baru keluar rumah. Sampai Pyramid, terus cari brg saya je, sebab mereka yg lain semua dah shopping minggu lepas. Ceitt, tak tunggu kite. Sobb sobb :(

       Inilah hasil yang saya perolehi selama 4 jam berlegar-legar dkt dlm Sunway Pyramid tu:


Damn gorgeous right ? I knew it :P


Next, shirts from Nichii. Ohh, serious talk I love it.


Last one is for my Amy Babyy :D

       Tak sabar nak bagi baju ni dkt Muhammad Dzulhilmy kesayangan saya sorang tu. Muat ke, padan tak dgn dia, dia suka ke tak. Hope dia sukalah :) Amin. Inilah story weekend saya pada mid-sem break. How's your weekend ? Hopefully happy, fun, cheerful like me. Amin :)

ainsyzn. xo

Saturday, March 16

Bored but HAPPY


   Assalamualaikum :)

         I just feel like to update about my superb boring holiday in the world. Haa, hambek kau !

        Mana tak boring, dah 7 tahun sy ddk Putra Heights ni, seriously takde kawan yg boleh ajak lepak or something else what gegirl like me can do. Mcm biasalah, terperap je dlm rumah. Paling-2 pun keluar tgk baby-2 kucing ku yg sedang membesar. Keluar pun still dlm pagar rumah tau. Syukurlah, ade jgk anak-2 kuning. Boleh jgk main dgn diorang.


Ini dia Ning, muka tak tahu malu. Makanan dkt luar, tp nk makan dkt dlm rumah.


Yg ni pulak anak-2 dia. Ya Allah, comelnyaaa :D


And the last one, putih bersama anaknya. Amboii, posing anak-beranak sebijik ! HAHA

      Sekarang rumah penuh dgn kucing. Si Ning beranak dpt 3 ekor, colour semua ikut dia. Si putih pulak beranak 4 ekor, tp sekor tak dpt nk di selamatkan, tinggal 3 ekor je. Anak putih pulak sekor ikut dia, yg lg 2 ekor tu colour hitam. Tak tahu ikut sape *thinking*. Maybe ikut bapak dia.

      Salute Ibu, dari tak boleh tgk kucing dtg rumah tp skrg bela kucing + siap terberanak lg. hehe. Inilah cerita holiday ku masa weekdays. Weekend belum tahu lg, sbb angah dah janji nk bwk jalan-2. Yeayyy *dancing*. Can't wait for this weekend. I'm gonna pau angah something. Horeeyyyy :D


ainsyzn. xo




         

Tuesday, March 12

One Happy Family at HOME ◕‿◕


      
     Assalammualaikum :)

          Dah lama rasanya tak update blog ni *lap habuk*. Mana tidaknya busy dgn study mid-term. Alhamdulillah mid-term utk sem ni boleh jawab. Amy pun cakap, mid-term kali ni Alhamdulillah boleh buat. Syukurlah :)

             Amy belum habis paper utk mid-term lg dah plan nak balik rawang, ajak sy sekali. HAHA. Katenya dah lama tak balik rawang. Kebetulan minggu sebelum kami start mid-term, birthday mak Amy & next week pula birthday si kecik molek, adik Amy yg last sekali Alynn. So, kami decide habis je paper mid-term nak balik rawang celebrate bithday mak & adik Amy.



Muka excited nak cari hadiah :D


             Plan yg dirancang berjalan dgn lancar. Kami mulakan dgn pergi Mid Valley utk cari hadiah utk mak & adik Amy. Mcm biasalah Amy, bab-2 cari barang ni dia mmg failed ! HEHE. Dia tgk je kedai yg kitorang nak masuk tu ramai org dia terus ckp "Awak pilihlah mana-2, sy tak kisah" haha. Itulah dia Muhammad Dzulhilmy, tak suka tempat crowded. Takpelah, utk kesayangan punya pasal. hehe

              Selepas setengah jam dlm kedai tu, sy pilih hadiah handbag utk mak dgn adik Amy. Dahlah nak pilih pun lama, nak bayar pun kene beratur sbb TERLALU ramai manusia ! Settle pasal hadiah, kami pergi McD sementara nak tunggu kwn Amy. Tunggu punya tunggu. Dalam pukul 7.30pm kami keluar dari Mid Valley dan menuju ke Rawang.

              Sampai pun dah malam, Amy's family dah plan nak celebrate tenghari esok. Pada keesokkan harinya , time lunch kami celebrate. Mak Amy buat nasi ayam utk makan tengahari plus ada cake tiramisu. YUMMYYY :) 


       Terima kasih utk Amy's Family sbb terima Ain seadanya & bagi Ain tumpang bermalam dkt rumah :D Untuk Ala, jangan sedih-sedih ye. Tunggu turn Ala nanti :)  Me Love Amy's Family <3

ainsyzn. xo
            

Monday, February 11

New Born 2013



    Assalammualaikum :)


On-the-way to Makitam's Place 

         Alhamdulillah Arissa Pamela Teow Gok May (kak pam) selamat melahairkan bayi sulungnya pada 9/2/2013 (4.14pm). Memang pandailah Abg Bob dgn Kak pam merancang. Sehari sebelum CNY, baby lahir.


Jibriel Ira Teow Bin Zainal Abidin  
ainsyzn. xo


Monday, January 28

Surprise Untuk Tersayang ♥


  Assalammualaikum :)

       Pada tanggal 7th Jan 2013, genaplah umur kekasih hatiku iaitu Muhammad Dzulhilmy b. Abd Rahman yg berusia 20 tahun :) Seminggu sebelum menjelang tarikh keramat itu, mcm-2 fikir. Apalah sy nk bg utk birthday dia kali ni ? Mcm mana pulak nk jumpa dia utk celebrate birthday dia ? Maklumlah, skrg tengah cuti sem, mcm manalah nk jmpa. Alaaa, kalau bkn cuti sem pun kurang jmpa sbb dia dah transfer ke KPTM KL. 
         
        Puas berfikir, at last dpt jgk idea mcm mana nk celebrate birthday dia. First, tnya ibu pasal cake. Sy: "Ibu kalau buat cheese cake, then bwk sampai rawang cair tak ?" Ibu: "Rawang ? Jauhnya dik ! Nk buat ape ? Jmpa Amy ke ?" Sy: "Haahlah bu, ingtkan nk buat cheese cake sbb next week birthday dia" Ibu: Kalau nk buat boleh je, tp ke buat awallah, sbb nk keraskan cake tu. Takut sampai sana melt pulak. Takpelah, nnt ibu buatkan" Sy: Okay cun, thanks Ibu *dlm hati, kalau sy buat takut tak menjadi je* HAHA


Inilah cake yg ibu buat utk Amy "Blueberry Cheese Cake"

         Dah settle pasal cake. Ni nk kene cari org utk menjayakan planned sy ni. Orang yg terpilih tu ialah jeng jeng jengggg, Ahmed Fais. HAHA. Dialah kene amek bile sy dah sampai KTM Rawang :) Settle psl tu semua, Amy ni pulak buat hal. Boleh dia ckp 7/1/2013 dia nk pergi Kepong ! Rosak plan ! Takpe, fikir Ain, FIKIR. 

         Mcm-2 dugaan dtg, tp sy tepis dgn lembut *gelinyaaaa nk baca* hehe. At last, sy dpt pertolong drpd family Amy sendiri. Alhamdulillah :) Saya dah nekad, by hook or by crook 8/1/2013, sy nk jugak celebrate birthday dia. Even dah belated. 

          Pada petang 8th Jan 2013, Alhamdulillah berjalan seperti yg dirancang. Amy yg terkejut kerana tibe-2 sy ada dkt rumah dia. Sorrylah dear. Sy dah plan dgn family awk, kwn-2 awk. Thanks jgk buat family & kwn-2 Amy yg menjayakan surprise birthday party buat kesayangan sy sorg ni :D

          Malam tu ayah Amy belanja kami dinner dkt D'Myra area rumah Amy. Uncle, Aunty, adik-2 thanks sangat-2 celebrate birthday Amy, dinner, bermalam dkt rumah & so on. Terima kasih banyak-2. Ain sayang Uncle Rahman's Family ♥ 


ainsyzn. xo

Wednesday, January 2

Hari Pertunangan Along ☺


 Assalammualaikum :)

            Inilah sambungan cerita Menjelang Hari Pertunang Along . Hari yg penuh debaran, seronok, gementar & mcm-mcm lg buat along ku yg tercinta. Hari yg akan menjadi saksi kepada semua org yg Along & Kak Marry sah sebagai tunang. Ni lah gambar-gambar hantaran drpd pihak kami sekeluarga. Tema hantaran kami green & off-white. Keluarga kami hantar 7 dulang.


Chocolate, Baju utk akad nikah, Cincin pertunangan & Bunga rampai, Sirih junjung 




Cake, Duit hantaran & Buah-buahan 


             Yang ni pula hantaran drpd pihak keluarga Kak Marry. Temanya colour Brown. Pihak Kak Marry membalas dgn 15 dulang. Banyakkan ? HAHA.


Buah-buahan, Chocolate, Egg tart, Lollipop, Pastry 



Chocolate, Cake, Cup cakes, Chocolate again, Wajid


Garam gula (adat org perak), Belt & Wallet, Butang baju melayu & Cincin tunang, Bunga rampai, & Sirih junjung


     
             Akhir sekali, inilah dia video Majlis Pertunangan Along & Kak Marry. Dan video ni khas buat adik Kak Marry (Asmah) yg tak dpt join Majlis baru-baru ni. Sbb dia study dkt Egypt
  



     Alhamdulillah, semuanya dah settle. Hanya tggu Majlis Akad Nikah, InsyaAllah akan berlangsung pada August 2013 :)

ainsyzn. xo

Bye-Bye 2012. Hello 2013


 Assalammualaikum :)

     

Happy New Year Uolss :D 

With all the Roses Perfume,
And with all the lights in the world,
And with all the children smiles,
I wish You that your all dreams comes TRUE.

ainsyzn. xo



Orientasi & Bertemu si dia :D

Assalamualaikum :)

               Ni sambungan cerita 2011 . Cerita dah lapukkk. HEHE. Time sy orientasi sem 1(2011). 1st day orientasi ? Korang sendiri boleh imaging kan mcm mana orientasi tu. Penat yg teramat sangat. Tgk ayat pun dah tahu bertapa penatnya kan. HAHA. Okaylah, saya story sikit masa 1st day tu. Pkl 5 kitorang kene berkumpul dkt badminton court hostel utk bg kumpulan. Okaylah mcm tu. Time tu fasi-2 biasalah, nk tunjuk besar, senior. Its okay, layan je. HAHA. Dorg borak pasal disiplin, tatatertib pemakaian and so on. After that baru dorg segregate by group. 1st day orientasi saya dah buat kepala. HAHA. Sepatutnya saya dpt kump 3, tp saya pergi jump kump 4. Terror kan :) Nak tahu mcm mne & knpa saya buat mcm tu ? Okay ni tips dia. Hehe. Time nak masuk row kump masing-2, ade bdk dari kump 4 tnye org belakang saya nk tukar group tak ? Bdk tu tak nk, dia cakap dia takut. Saya pun ape lg, meng-offerkan dirilah. Sbb ape tau, sbb dlm group tu ade roommate saya Nadea. Haha, that's why la. So, kitorg pun switch la senyap-2 :)

             Bermulalah ice breaking group saya. Fasi group saya suruh kitorg kenalkan diri dgn gaya tersendiri . WHATT ?  Ya Allah, time tu tuhan je tahu bertapa segannya saya. FYI, saya mmg pemalu okay :) Disinilah sy berjumpa dgn kesayangan saya Muhammad Dzulhilmy B. Abd Rahman :D . Kitorg 1 group. 1st time nmpk dia saya cakap dlm hati "Alamakkk, ade bdk nerdlah dlm group aku ni." Belum ape-2 dah kutuk dia. haha. Lepas ice breaking semua, kitrg kene pergi masjid utk tunaikan solat maghrib. Every time, nk pergi solat, pergi kolej masa orientasi "Si Bdk Nerd" ni naik kereta. Dia tak join kitrg jln kaki. Pelik jgk, asal dia special sngt ni ? Dah lama-2 sikit saya beranikan diri tnya dia. "Hilmy, knp kau asyik naik kereta je pergi mana-2 ? Knp tak join kitrg jln kaki ?". Dia boleh senyum. Ohh tidakk, dia ade lesung pipit dua-2 belah pipi dia. *cair* haha. Then baru dia jwb "Aku baru lps operation lutut injured". Saya pun jwb okay jela. Dlm hati, YESS ! Sbb ape, mmg jodoh sngtlah, dia pun bdk sport sama mcm aku :) haha *gatal*. Seminggu berorientasi saya rapat dgn dia. Cuma dia lelaki yg saya rapat, kenal selama dkt orientasi. 

              Habis je orientasi, mlm tu kitrg dah set dah nk dinner sama-2 dgn bdk bilik dia + bdk bilik saya. Tp tak kesampaian, sbb bdk bilik saya siap lambat. Tibe-2 dpt text dari dia, dia ckp parents dia dah sampai utk jemput dia balik. Saya ckp its okaylah next time. Lps drpd tu kitorg start contact, text semualah. Until we fall in love each other :) Ayoyoyo, so shoouuiiitt kan. Hehe.


Iloveyou Boebei  :)

ainsyzn. xo

Monday, December 31

Menjelang Hari Pertunangan Along

 Assalammualikum :)
       
             Sehari sebelum hari pertunangan along, as usual lah ibu ku tersayang. Tiap-tiap hari kemas rumah, vacuum, mop. Siap tukar cadar semua bilik lg. HAHA. Yg peliknya kitorg ni belah lelaki, beria-ia kemas mcm kitorg ni pihak perempuan pulak. hehe.



Inilah kerja ayah & abang-abangku tercinta kene buat. Kilatkan dulang hantaran ! haha. Biasalah ibu, nakkan yg terbaik buat anaknya. Lg-2 ni first time anaknya bertunang bagaikan. 



Lps dah kilatkan dulang hantaran, kitorg adik-beradik dpt task yg saya suka iaitu buat bunga rampai. Yeayyy :) Abang-abang saya dah tepuk dahi. Kene ke kitorg buat ? Ain sorg je buat tak boleh ? Amboii, mana boleh ! Dah lah kene buat banyak ! At last, dorg buat jgk. Abang saya yg berbaju orange yg nk tunang :D 


Alhamdulillah settle buat bunga rampai. Dari pkl 9pm start, pkl 1am baru siap. Lps tu saya pergi tgk Mama Ramnah gubah hantaran. Ya Allah, cantiknyaaaa :) Sampai pkl 4.30am baru settle semua hantaran :)

Next update sy tunjuk 7 dulang hantaran drpd pihak kami belah lelaki & 15 dulang hantaran yg dibalas oleh pihak perempuan :)

         ainsyzn. xo

Monday, December 24

Family Outing :)

  Assalammualaikum :)

          Sabtu baru-2 ni saya & family keluar utk cari bahan gubahan hantaran utk pertunangan Along. Kitorg sekeluarga keluar except Ayah :(  Ayah ada kerja masa tu so, tak boleh join kitorg. Ayah serahkan semuanya dkt ibu & along utk settlekan part hantaran. Okaylah. Pada hari sebelumnya, ibu dah cakap dgn Along yg nk keluar pagi-2 sbb nk ke KL. Ibu cakap nnti jammed lah, apelah. That's why kene keluar awal. Tapi ape yg dirancang tak diikuti oleh Along. Biasalah lelaki, mmg bangun lambatlah cerita dia. Tung tang, tung tang, pkl 3 baru kitorg keluar rumah. Ibu mcm biasalah, bising. HAHA.

         Kitorg sampai KL dlm pkl 5 mcm tu. JAMMED ! Lagilah ibu marah takut kedai yg kitorg nk pergi tu tutup. Sampai je area Chow Kit tgk kedai tu bkk lg. Alhamdulillah :) Ibu, Along terus cari barang nk dibeli. Saya dgn adik ikut je. Angah pulak ddk dlm kereta sbb takde parking. hehe. 

Sempat lg saya suruh aniq amek gambar :) Ber-backgroud kan along yg ikut perintah ibu . haha

         Settle barang hantaran Along. Kitorg ke Sunway Pyramid cari baju sekolah Aniq. Sampai je Pyramid angah dgn along terus masuk Jusco sibuk cari brg utk exchange gift sempena Christmas office dorg. Saya, aniq, ibu pulak pergi cari baju sekolah utk aniq. Time nak amek seluar, saya pelik knpa ibu amek seluar hijau tua ? Ibu ckp "Adik kau next year form 1 lahhhh" haha, lupaaaa :D Time aniq tgh try baju dia, kitrorg terserempak dgn makitam, abg bob & kak pam. Makitam tu kakak ibu. Makitam shopping brg baby. Maklumlah tak lama lg nk dpt cucu. Hehe.
   
         Dah shopping brg sekolah aniq, angah pulak nk tgk brg dia. Dia pergi shoes department, kononnya nk tunjuk ibu kasut yg dia nk beli. haha. Ibu ckp, next timelah angah, dah bnykkan kasut dkt rumah tu. Angah diam je. HAHA. Sedihlah konon.

Durian Crepe ! HAHA. Nilah kasut yg angah nk beli tapi colour putihlah. Kalau colour ni mmg aku tentang habis-habisan  !
        Lps dah shopping brg adik-beradik saya, kitorg pergi beli hadiah utk ayah pulak :D Angah dgn murah hati nk belanja ayah jam baru. Oh tidakkk, abangku ini tgh masyukkkk agaknyeee :D 

Inilah jam yg angah beli utk ayah. Anti-scratch tu yg penting. Ayah ni lasak sngt. Saya minat lg Bonia pnye, tpi tak anti-scratch pulak. Tpi harganya sama je. Angah decide nk beli yg ni. Okaylah :)


       Hbs shopping, dinner time :) Yeayyyyy ! Masa yg saya tunggu-tunggukan. HAHA. Kali ni along pulak yg belanja. 
Ibu & Angah 

Saya & Aniq. Gambar Along takde. HEHE


          Terima Kasih buat abang-abangku sebab belanja. HEHE :D

ainsyzn. xo

Thursday, December 20

New BlackBerry for ME :D

     Assalammualaikum :)







Tengok gambar ape dkt sebelah kiri tu ? :D
My new phone, bold 3. Nampaknya bold 3 yg lama tu mmg dah tak boleh nak repair. Kita beli jelah yang baru :) Hope phone kali ni, janganlah rosak-rosak. Amin :) Saya sayang awak phone :D










ainsyzn. xo

   


Result !!!

 Assalammualaikum :)

            Kelmarin saya try bukak portal kolej. Kononnya nak checklah result final. Tapi dalam hati dupp dapp jugak. HAHA. Once dah masukkan ID & Password, terus mencari-2 dimana gerangan result ku ini. Yeahhh, jumpaaa :) *dalam hati taknak tengok*. WHATTTTT ??? Confirm result sem 3 dah keluar. Takutnya nak tengok. Dalam hati bismillah banyak-2. Apa pulaklah result kali ini saya dapat. Hope memuaskan. Sambil teliti betul-2 result tu, saya logout & login balik. Betul ke yg saya tengok ni ? You know what ? Saya dapat 1A, 3A-, 2B-. Ya Allah, syukur alhamdulillah :) Berbaloi segala usaha masa sem 3. Visit bank, tak tidur malam buat proposal, buat research. Syukur segalanya selesai dgn jayanya :) Terima kasih buat housemate a.k.a classmate yg banyak tolong time buat assignment. Tak lupa juga buat Muhammad Dzulhilmy & family tercinta yg banyak bg support dari awal sem :)


Yeayyyy !
                                                             
                                                                                                                                                   ainsyn. xo


Thursday, December 13

Childhood

Assalammualaikum :)


                   
  Time kita kecik-2 dulu inilah favorite cartoon movie kita. Mickey, Minnie, Donald Duck, Daisy, Goofy & Pluto represent Mickey Mouse Club House.
Ohh, how I missed my childhood.













Ingat lg lagu kalau dah hbs.
[ Hey Mickey you so fine, you so fine, you blow my mind. Hey Mickey, hey, hey, hey Mickey ] :D
                                                                                                                                                ainsyzn. xo

Monday, December 10

Movie with LOVE

Assalammualaikum :)

On 3 Dec 2012 yg lepas, saya keluar jumpa kesayangan sy. Kalau ikut ayat senang, keluar date lah. Maklumlah dah nk dkt sebulan tak jumpa. RINDUUU. Hahaha :D

Macam biasalah activiti kitorang bila dating. Movie, makan, jalan-2. Amy ni mmg pandai pilih date nk dating. Tahu sebab ape ? Time dia ajak dating time movie best-2. Haha. Mmg kitorang balun jelah semua movie. Haha.

Pkl 9 saya dgn Amy dah berjanji nk jumpa dkt KL Sentral. After breakfast dkt sana, kitarong gerak ke Mid Valley. Sampai je sana, Amy dah cakap dia nk tgk semua movie. Haaa ? SEMUA MOVIE ? Dia gelak tgk saya mcm tu. Then I said NO ! Kita tgk 3 je. Then dgn berat hati dia berkata okay. Yes, saya menang :)

Time kitorang dah pilih nk tgk movie ape, seat dkt mana baru teringat yg kitorang tak withdrawal lg. Masaklahhhh ! ATM dahlah jauh. Saya cakap its okaylah guna debit card saya dulu. Tibe-2 tak boleh nk zupzap pulak, system down lah apelah. Ade je dugaan. At last, Amy kene jgk turun pergi withdrawal. Sorry dear :)


1st Movie 11am

Movie ni wajib tengok sebab kitorang mmg follow movie ni. So, mmg tak boleh nk lari dah lah. Dia layan jela Girlfriend dia ni :) 

2nd Movie 2pm

Hahaha. Yang ni pun wajib kitorang tgk. Sebab sepah kan. Amy ni suka sangat dgn Jep tu. Tu yg tak boleh miss cerita ni. Tapi cerita ni mmg superb la. Maybe bg certain org, cakap cerita ni tak best, tak syok. Tapi korang kene fikir, cerita ni cerita comedy. Layan je otak tu. Sebab kitorang ni pun masuk air punya orang. Hahaha :)

Last movie 4pm

Haa, nilah last movie kitorang. Haha. Movie last kene jiwang-2 sikit lah. Maklumlah tgh bercintakan sekarang. Haha. Tak sabar nk tggu sambungan LBS 3 :)



Ni movie yg Amy nk sangat tgk. Tapi aku pulak yg tak nak. Hehehe. Sorry dear. Time tu tak rasa nk tgk lg. Next time kte tgk okay. Nnti kte beli DVD or download, kte tgk sama-sama. 
                                                                                                                                            ainsyzn. xo

             

Sunday, December 9

Ipad Mini $$$




      Hello uolsss :)

Ipad mini pujaan hatiku :)

   Mesti korang dah tahu kan yg ipad mini dah masuk Malaysia. Ohhh tidakkkk ! I want it. Pleaseee !
Harga ipad mini without cellular 16GB RM 999 . Ipad mini & celluar 16GB RM 1399 je !!! Ipad 1 dah ade, tapi besar sangatlah pulak ! Now aim utk ipad mini. Blackberry yg rosak tu, nnti-2 lah repair. Aim ipad mini dulu . kechingkeching $$$. HAHA *evillaugh* :D

Cerita 2011

Hello, i'm again the new blogger :)
        
Harini saya nak cerita pasal tahun lepas. Sorrylah, baru buat blog kan ? Tu yang share cerita tahun lepas. Haha. 

KPTMdihatiku 
Cute tak logo tu ? Haha, bolehlah kan . Tanggal 28/6/2011, saya mendaftarkan diri disitu Kolej Poly-Tech Mara, Bangi. Saya dapat course yang boleh dikirakan favorite course jugaklah iaitu Business Management. Since dua-2 abang saya amek course yang lebih kurang more to business , saya pun terikut-2 dengan dorang. Dari pagi sampai tengahari saya mendaftarkan diri. Fuhh , dgn panas , ramai orang. Alhamdulillah semua settle. Settle daftar dkt kolej, saya kene pergi hostel utk check-in.

Hostel tercinta
Not bad lah kan :) Okay. Settle check-in dkt pejabat. Baru perasan yang saya dpt bilik tingkat 4. What ? Tingkat 4 ?! Saya yg dtg awal utk daftar dpt tingkat 4. Yang lambat daftar dpt tingkat 1&2. Not fair right ? tapi nak buat mcm mana, dah management buat mcm tu. Accept jela.

Masa tengah tercunggap-cunggap naik angga sambil bwk barang yg banyak, ade announcement. "Perhatian kpd pelajar baru, anda diminta berkumpul pd pkl 5pm utk sesi orientasi. Terima kasih". Guess what ? Time settle angkat barang dah 2.30pm. Nak kemas bilik lg ?! Pkl 5 dah kene turun . What the ...... ! Okay fine. Malas nak argue, kita org baru. Just follow the instruction.

Around pkl 4pm, ibu dgn ayah dah nak balik. Mulalah sesi jejak kasih ! Wuaaa ! Ibu: Dik, study betul-2, jgn main-2. Jadi mcm abang-2 kau. Anything just let me know. Ibu sayang Kak Chik :') Ayah: Dik, ingat tau belajar rajin-2. Just give me a call when you need anything. InsyaAllah ayah dtg. Ohh tidakkk ! Sedihh . Sobb sobb

Selesai hantar ibu dgn ayah dkt kereta , mulalah hidup baruku di kolej :) Dah penat mendaki tangg hostel . Apalagi restlah, kjp lg dah nak kene turun. Bukan main banyak brg yg saya bwk. Can you imaging bpe kali kene naik turun tangga ?! Argghh, penat :(

Okaylah, cerita pasal orientasi next update baru saya cerita :)
                                                                                                                                      ainsyzn. XO

Welcome to ME !





 Well hello Blogger,

                 Saya orang baru dalam laman blog ni . So, welcome Ain  . This is just for fun . Saya create blog ni untuk suka-2 , meluahkan ape yang terpendam and so on . Welcome again Ain :) 
                                                                                                                             ainsyzn. XO